Gambar Banjir Di Serdang 4 September 2012

Hari selasa hati itu serdang dilanda banjir kilat yang sangat ohsem..., gua yang bekerja di UPM menjadi salah seorang saksi utama..hehe

Jem dekat highway dari tol sungai besi ke tol kajang ramai yang pelik kenapa..rupanya ada banjir teruk sebelum susur keluar di tol kajang..hihi

Lagi satu tak pernah-pernah dekat opis gua UPM di Fakulti Kejuruteraan banjir tiba2 petang selasa aritu banjir...serius  pelik..




Gambar Banjir Depan KTM SERDANG





Gambar Banjir Depan Sekolah Serdang 




Banjir di UPM Fakulti Kejuruteraan






***********************


KUALA LUMPUR: Lebih 350 buah rumah dan 100 kenderaan ditenggelami air sedalam satu meter dalam kejadian banjir kilat di Taman Sri Serdang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata hujan lebat selama dua jam bermula 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah dan menenggelamkan rumah serta kenderaan penduduk sekitar.

“Turut terperangkap kira-kira 300 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat kira-kira jam 9.30 malam tadi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di sini semalam.

Abdul Razak berkata pihaknya menyediakan pusat pemindahan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) namun tiada penduduk yang dipindahkan.

“Air mula surut sejak pukul 7 malam, dan saya dimaklumkan oleh penduduk kali terakhir berlaku banjir kilat di kawasan ini adalah 27 tahun lalu,” katanya.


Sekian...Peace (~_^)v


p/s : tempat jalan kaki dekat opis gua pun banjir time ni...


tags : gambar banjir di serdang 2012, gambar bandir ktm serdang 2012, gambar banjir 4 september 2012

{ 22 comments.. read them below or add one }

KY KY September 6, 2012 at 10:02 AM
besar jugak banjir tu...hujan tak renti ek
YanaUjang YanaUjang September 6, 2012 at 10:26 AM
glemer skolah ai msk blog u..pfftt~ :p
laskar pelangi laskar pelangi September 6, 2012 at 10:44 AM
lorhh...tak sangka kat area situ pon boleh banjir...wutwut~~
Phat Phat September 6, 2012 at 12:45 PM
huishh mcm kajang itu hari la..gini gak
Rozuan Ismail Rozuan Ismail September 6, 2012 at 1:33 PM
teruknya.nasib baik x de area situ
AnonymousAnonymous September 6, 2012 at 2:14 PM
Mmg jam truk smpai kena pusing ikut mex highway
hazman aka species1980 hazman aka species1980 September 6, 2012 at 2:45 PM
katanya sistem peparitan penuh ngan sampah buat sebab banjir kilat
Ana Farhana Ana Farhana September 6, 2012 at 4:24 PM
seriuss?? baru tahu nih..wlaupun xjauh dr serdang tuh. tinggi gilaa air..
Faizul Osman Faizul Osman September 6, 2012 at 10:09 PM
selalunya banjir kat selangor...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/alasan-kenapa-merokok.html
Budak Giler Cadbury Budak Giler Cadbury September 7, 2012 at 11:48 AM
teruknya banjir. semoga semua selamat

jom join segmen ni :) singgah ok

http://ninacadbury.blogspot.com/2012/09/jom-join-segmen-mudah-ni.html
MamaEma MamaEma September 7, 2012 at 5:02 PM
sampai gitu seklai rupanya..patutlah ada member berkelah di tepi jalan...
" I'm not good enough..so.. " I'm not good enough..so.. September 8, 2012 at 5:32 AM
http://fandimalist.blogspot.com/2011/06/semua-sudah-berakhir.html?utm_source=BP_recent

peace.. :}
Cik Puan Izan✿ Cik Puan Izan✿ September 10, 2012 at 3:17 PM
uuu... dahsyatnya banjirr... amik gmbr sendiri ker ni...gigihnyaa...