Tuesday, March 25, 2014

Status Halal Letto Pepero

Statut Haram Coklat Pepero


Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal buat setakat hari ini...,  huh....??????

Kepada peminat coklat Pepero mesti rasa terkejut dan macam tak puas hati yer dak..?? termasuk gua sebab gua sendiri salah seorang peminat coklat Pepero..hehe rasa dah lebih 10 kotak besar yang gua dah makan.. =(

Coklat Lotte Pepero yang terkenal di Langkawi ini menjadi salah satu kiriman wajib kawan-kawan bila kita pergi ke Langkawi kerana dia punya rasa tu sedap gila abaq ang

Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini...tak caya pergi la Langkawi..hihi

Isu Halal dan Haram Coklat Pepero ini timbul bila rakan blogger iaitu Hasrul Hassan bersama isteri merasa ragu dengan kandungan yang ada dalam coklat pepero iaitu Whey Powder, Glycerin, Sodium Prostate dan Shortening. Bahan-bahan ini memang terkenal terhasil dari sumber haiwan, walaupun sumber dari tumbuhan wujud. Namun, disebabkan tiada pengesahan tersebut, jadi ia menjadi bahan yang meragukan.

Dengan inisetif sendiri hasrul hassan dengan isteri mereka jadi CSI untuk menyiasat..hehe





Dengan itu menerusi Fanpage Sahabat Halal, kita dapat share dari rakan sana yang mengesahkan Coklat Pepero ini tiada halal boleh tengok print skrin di bawah...


Jawapan Haram Pepero Korea




**********************************


Ok bila brader Hasrul Hasan dah share Status Halal dari rakan Fanpage Sahabat Halal.., rakan blogger gua  iaitu Shakido pula mengambil inisatif sendiri untuk bertanya kepada pihak yang jaga halal haram di negara kita iaitu JAKIM

Tindakan yang diambil oleh Shakido memang diperlukan oleh rakan blogger untuk menyakinkan lagi Status Halal Haram Coklat Pepero.

Bawah ini adalah print skrin  keputusan dan jawapan yang JAKIM jawap..

Status Halal Jakim Pepero


Untuk menyakinkan lagi dan meragukan lagi Status Halal Pepero ialah fakta di bawah ini  yang di share oleh brader Hasrul Hassan

Piggybar (Aiskrim Mengandungi Daging Khinzir)

 Untuk info, Lotte Confectionery Co., Ltd. merupakan salah satu cabang dalam Lotte Food. Dan antara banyak produk terkenal Lotte Food ialah Piggybar.... erkkk .. maka, apabila ada produk yang tidak halal dikeluarkan yang boleh dikatakan dari satu syarikat yang sama, pengesahan halal amatlah diperlukan. Tak gitu? Haishhh ...

syarikat pengeluar coklat pepero



**********************************


Walaupun begitu, ada blogger terkenal yang menyatakan bahawa coklat Pepero Almond adalah halal, berikut adalah perkongsian dari Sahabat Halal yang sempat kita ambil sebagai rujukan.


Status Halal Pepero dari Korea


Ok, dari satu sudut memang ada benarnya, tetapi dari satu sudut pula ada kekaburan. Apatah lagi apabila disahkan sendiri oleh blogger ini bahawa syarikat Lotte sering tukar-tukar bahan kandungan. Lagi telah disahkan juga bahawa Pepero tidak ada sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) dan Korea Halal Association (KHA). Jakim Malaysia memang tak boleh keluarkan sijil halal memandangkan ia produk import, tetapi Jakim mengesahkan bahawa produk Lotte Pepero tidak disahkan halal oleh mana-mana badan pensijilan halal antarabangsa.


**********************************

Kedai coklat popular di langkawi iaitu Hj Ismail Group pun dah amik fakta ini sebagai panduan mereka menantikan jawapan sendiri dari pihak Korea kepad pihak mereka..

Ini semua selepas prihatin rakan blogger  Eyriqazz..., beliau usulkan isu ini kepada mereka.., bawah adalah printskrin jawapan daripada Hj Ismail Group

Artikel penuh baca SINI





**********************************


Segala yang ada adalah rujukan untuk rakan blogger dan juga pembaca blog ini.., terpulang kepercayaan korang untuk menerima artikel ini macam mana.

Gua secara peribadi memang akan berhenti makan Coklat Pepero walaupun sebelum ini merupakan salah seorang peminat coklat pepero..,

Jika ada sesiapa yang dapat mengesahkan yang Letto Pepero memang halal sila roger dan bagitau gua sebab gua pun nak makan balik kalau dah halal..hahahaah

Persoalan macam mana status penjualan di negara kita itu tidak dapat gua memberi jawapan , diharapkan ada pihak bertanggungjawap yang menjalankan tugasnya..nama pun pihak bertanggungjawap so tanggungjawap la yer dak..? hehe


**************************************

UPDATE


Pepero yang boleh dimakan

pepero yang halal dimakan
 Pepero yang boleh dimakan ialah 땅콩 빼빼로 (Peanut Pepero), 오리지널 빼빼로 (Original Pepero) dan 아몬드 빼빼로 (Almond Pepero). Ketiga-tiga pepero ini mengandungi shortening (쇼트닝) yang berasaskan tumbuhan (식물성).


Pepero yang tidak boleh dimakan

pepero yang haram dimakan

Pepero yang tidak boleh dimakan ialah 딸기 빼빼로 (Strawberry Pepero) dan 누드 빼빼로 (Nude Pepero). 딸기 빼빼로 (Strawberry Pepero) mengandungi emulsifier (유화제) yang berkemungkinan tidak berasaskan tumbuhan manakala 누드 빼빼로 (Nude Pepero) pula mengandungi whey powder (유청분말) agak meragukan statusnya.


Yang atas ini dikongsikan oleh rakan Facebook..., kesahihannya gua tak pasti lagi so gua masih dalam situasi tidak makan memakan PEPERO

Bawah ini share dari page halal korea


Post by Halal Korea.




**************************************

terbaru 

status halal pepero jakim
bukan edit..boleh tengok di link INI

Tiada status halal' dan 'tidak halal' adalah sesuatu yang berbeza. Tiada status halal boleh jadi syubhah dan diragui serta tidak semestinya tidak halal. Menjauhi yang syubhah itu adalah yang terbaik..., islam itu mudah bukan dipermudahkan..

Di beberapa pasaranya sekarang pun dah letakkan coklat pepero di kawasan non halal... ('',)

coklat pepero non halal



Sekian...Peace (~_^)v


p/s : siapa malas baca tu baca gambar je la ok..hehe

tags : pepero tiada sijil halal, pepero haram, status haram pepero , coklat pepero haram, status halal coklat pepero, pepero halal jakim, pepero haram jakim, bukti pepero haram, bukti pepero halal 


38 Orang Memberi Komen & Pendapat

Daripada makan benda yang was-was , baik berhenti terus makan, Bila dah umumkan halal, baru boleh makan balik...

ampunkan dosa kami ya Allah :'(

baru nk order coklat ni kat membe...dah ragu2 baik xyah makan langsung ye dak..tunggu aje lah pengesahannya

Terima kasih tuan atas entri ini.

sma la peminat papero juga..tp bila dh kuar info yg mcm di sharekan..sy pun ambik tindakan yg sama hntikan makan makana tersebut la..

tak pernah makan coklat ni, dan tak akan makan :) tq bro share :)

Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

pernah makan sekali coklat ni, itupun member office bagi rasa.. Moga pihak berkenaan berbuat sesuatu mengenai perkara ini.

padat dan lengkap ... huwaaaaaaaaaaa aku yg tak penah mkn sebelum ni dah temkn ari tu sbb mak sedar bg buah tgn huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

2 kotak besar lak tu ....

selagi tak de status halal ... mmg x mo mkn

perkara berlaku sebab ada aduan. dan bila kita semak dan selidik, terdapat perkara yang dibentang dalam entry ini.. moga dapat beri manfaat kepada semua.

belum rase lg choc ni..memang nampak sedap..apepun kene tggu sijil halal keluar..jika ada la kan..

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

aku xpernah makan coklat ni.. ak org kampung :)

bru nk untung skit bt bisnes ni..hahah stop sat dlu

Pepero ni dah berkotak2 mkn...sedap...akk pun hrp jawapan sahih ...sb nak mkn balik...gihihi

Yg last tu best boleh makan dan x leh makan.... Bukan dia dtg dari mesin dan periuk yg sama ke? Hmmm

pebret nih.huhuu
oohh my pepero!

need to stop.

Akak lum merasa lg. br nak order dah kluar isu halal ni terus takut nk cuba

Wah... itu makanan kesukaan ane, ala maakk...

Nasib baik tak berapa minat dgn cokelat sgt.. Hihi. Tq atas info yg d berikan.
Mohon share dgn rakan2 sy yg lain ye..

Huhu. Nasib baik sy bukan peminat tegar dgn cokelat. Tq ye sbb share info ttg isu halal pepero ni. Mohon keizinan utk share bersama2 rakan sy yg lain. TQ

Apasal Lee Ju Woo director Korea halal associate email gmail.?

Semua2 nie menimbulkan rasa was2....
so xpayahlah makan.xmati pun xmakan cokelat nie. ;)

Baru makan td...kwn beli dr Langkawi..adush...terlambat baca ni...

Lau bagi kat member non muslim ok x? daripada mmbazir..huhu..baru je beli kat JPO..

Boleh bg gmbar penuh yg letak pepero d kaw non halal tak?

Nice Info. satu pencerahan yg lengkap. terima Kasih Admin.

Kalo dah was2 tu, baik toksah makan terus. Byk lagi benda yang sedap2 dan konpom Halal boleh dimakan.. huhu..

Assalammualaikum..

Nice entry. Terima kasih atas perkongsian nie..

mselim3

Assalam..add me for PEfero MaLAYSIA homemade hemm trbaik lg leh google also..so stop mkn PEPERO n stat tukar mkn PEfero MALAYSIA..meriah kcng n almond :) salam ukhwah..sorry blogger im new here..jom add same2..thx to blooger sdarkn saye :) pn nk stop jual pepero korea!

Isinya bagus dan menarik. salam kenal

terbaru sehingga 18/3/2015 status halal pepero masih lagi meragukan. Sehingga kini tiada sijil halal dr Korea mahupun Malaysia. Telahpun bertanya dengan syarikat di langkawi yang membawa masuk produk ini, memang TIADA sijil halal. So sepatutnya dielakkan untuk merasainya

Alamak baru tahu. Thanks for sharing ujang


EmoticonEmoticon