Monday, April 21, 2014

Video Penerbangan MH 192



 Pesawat Penerbangan Malaysia, MH192 menuju ke Bangalore, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana tayar hadapan sebelah kanan dilaporkan pecah. MAS dalam kenyataannya memberitahu, pesawat berkenaan berlepas dari KLIA jam 10:09 minit malam dan mendarat dengan selamat pada 1: 56 minit pagi tadi..

Bukan senang kita nak jumpa kapal terbang melakukan penerbangan dalam bulantan berbentunk lapan.., ini terbukti pilot kita mempunyai cukup latihan bila berlaku kecemasan yer dak..? Tahniah diucapkan kepada kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak iaitu pilot MH 192

Bawah ini video pergerakan MH 172 berlegar diudara sebelum melakukan pendaratan kecemasan.., Pilot terpaksa berlegar untuk menghabiskan minyak kerana pesawat ini tiada sistem pembuangan minyak.





Kronologi Pesawat MH192 Mendarat Cemas Di KLIA


  • MH192 dari KL ke Bangalore berlepas pada pukul 10.09 malam 20 April 2014
  • Ketika berlepas tayar telah pecah menyebabkan gear pendaratan sebelah kanan telah gagal berfungsi
  • Pesawat MH192 telah berlegar di Udara selama 4 Jam untuk membuat prosedur kecemasan sebelum mendarat di KLIA
  • MH192 bersama 159 penumpang dan 7 anak kapal selamat mendarat di KLIA pada pukul 1.56 pagi 21 April 2014
  • Semua penumpang dan anak kapal selamat
  • Kapten MH192 Kapten Nor Adam Azmi Abdul Razak telah melakukan kerja dengan professional



  • tags : Malaysia Airlines Flight MH192 Radar Playback , video pendaratan mh 192 , video pendaratan kecemasan mh 192, video pergerakan mh192 , 

    2 Orang Memberi Komen & Pendapat

    peningnya tengok dia pusing2 gitu. mesti orang dalam tu lagi pening + cuak lepas apa jadi dengan kapal terbang yang sebelum ni kan?
    cekap betul pilot MH192 ni.

    kenapa kena habiskan minyak? takut trbakar ker kalau buat pndaratan cemas...sape yg tau sbb apa bole share tak?


    EmoticonEmoticon